JOHOR BAHRU: Gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi memilih Ahli Parlimen Pulai di sini, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram di Muar, bermula hari ini dengan dua pusat penamaan calon akan dibuka bermula 9 pagi nanti.
Pusat penamaan calon bagi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram masing-masing adalah di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini dan di Muar.
Semua bakal calon mempunyai tempoh hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus di kedua-dua pusat penamaan calon, sebelum diisytihar layak bertanding dalam PRK yang diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 5 Sept, manakala 9 Sept sebagai hari pengundian.
Ini bermakna semua calon yang layak bertanding di kedua-dua PRK mempunyai tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini hingga detik 11.59 malam, 8 Sept.
Pakatan Harapan (PH) telah menamakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor yang juga Setiausaha Politik Allahyarham Salahuddin, Suhaizan Kaiat yang bertanding atas tiket Amanah sebagai bakal calon Parlimen Pulai untuk mempertahankan kerusi itu, menentang bakal calon PN Zulkifli Jaafar yang juga Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pulai.
Sementara itu, di DUN Simpang Jeram pula, PH mempertaruhkan Timbalan Ketua Amanah kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman yang merupakan seorang jurutera menentang calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya, seorang pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular.
Selain itu, Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi difahamkan juga turut mencuba nasib untuk menjadi Ahli Parlimen apabila telah menyatakan hasrat untuk bertanding di kawasan itu atas tiket Bebas.
Berdasarkan statistik SPR, Parlimen Pulai mempunyai sebanyak 166,653 pemilih dengan 165,799 pengundi biasa; 927 terdiri daripada polis dan pasangan serta pengundi tidak hadir (PTH) sebanyak 26 orang.
Sementara itu, terdapat 40,379 pemilih di DUN Simpang Jeram dengan 40,373 pengundi biasa manakala enam orang PTH.
Pada PRU-15 lepas, Salahuddin menang di Parlimen Pulai dengan majoriti 33,174 undi selepas memperoleh 64,900 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendapat 31,726 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN) Loh Kah Yong meraih undi sebanyak 20,677.
Salahuddin juga mengekalkan kemenangan di DUN Simpang Jeram pada Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac tahun lepas, buat kali kedua apabila memperoleh 8,749 undi mengalahkan calon PN, Zarul Salleh (6,350 undi), calon BN, Lokman Md Don (6,062) dan calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Mahaizal Mahmor dengan 208 undi.
Sementara itu, menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada hari ini dijangka hujan di sebelah pagi, manakala sebelah petang diramal ribut petir.
- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2023
Gelanggang Pilihan Raya Kecil bagi memilih Ahli Parlimen Pulai di sini dan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram di Muar, bermula hari ini dengan dua pusat penamaan calon akan dibuka bermula 9 pagi nanti. - Gambar BERNAMA
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
AWANI Ringkas: Pergaduhan Piala Belia, FAM ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah
Fadillah berkata, pelantikan ke jawatan itu terletak di bawah budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
Lori tangki bawa minyak masak terpakai terbabas di Lebuhraya Karak
Lori tangki jenis Volvo itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Pelabuhan Klang.
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat, taburan hujan lebih rendah - MetMalaysia
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat ini dan akan berterusan hingga September, menyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak.
Keluarga harap proses hantar pulang jasad kru kapal ke Malaysia dipercepat
Keluarga Muhammad Isa Muhammad Veeramohan, 31, kru kapal warga Malaysia yang maut di Bangladesh Rabu lepas, berharap kerajaan membantu percepat penghantaran pulang jenazah.
Suhaizan selesai angkat sumpah jawatan Ahli Parlimen Pulai
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Zulkifli umum awal mahu tanding jawatan Ketua Bahagian Pulai
Menurut Zulkifli, biarpun belum diumumkan secara rasmi, pihaknya sudah pun melakukan persiapan menjelang pemilihan berkenaan.
PRK Pulai: 35 tahun anyam 'bakul rotan gajah' di JARO
Kalau pertama kali jejak kaki di JARO, sudah tentu anda akan terpukau dengan sentuhan 'magis' produk kraf tangan yang dihasilkan oleh golongan orang kurang upaya (OKU).
PRK Pulai: Sentuhan akhir Suhaizan menjelang hari undi esok
Dalam tempoh akhir, aktiviti kempen beliau ditumpukan ke kawasan kubu kuat PH-Barisan Nasional bagi menyantuni rakyat.
PRK Pulai: Cadang tambah lokasi jualan Rahmah di kawasan B40 - Suhaizan
Ini sekali gus meneruskan kesinambungan inisiatif yang diperkenalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
PRK Pulai: 90 peratus keluar undi awal - SPR
Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan memaklumkan peratusan tersebut melibatkan seramai 831 daripada 927 pegawai dan anggota.
PRK: 'Kes Ahmad Zahid berita baik untuk saya' - Calon PN Pulai
Beliau menambah, PN mempunyai jentera gerak kerja yang tersusun dalam mendekati semua lapisan masyarakat.
PRK Pulai: 28 laporan diterima, empat kertas siasatan dibuka - KP Johor
Daripada jumlah tersebut, dua kertas siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman melibatkan Muhyiddin.
PRK Pulai: SPR sasar 99 peratus keluar undi awal - Abdul Ghani
Jangkaan dibuat berdasarkan trend keluar mengundi yang menggalakkan pada sebelah pagi di dua Pusat Mengundi Awal hari ini.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.